SMK Alam Beraja telah terpilih mewakili negeri ke Pertandingan Inovasi yang diadakan di Sutera Mall, Johor Baharu anjuran Intel Insef pada 15-17 November 2015 yang lalu. Pelajar kami iaitu Mohd Najib, Mohd Najmi dan Nurzaidi pelajar Tingkatan 4 telah mencipta satu alat untuk mengesan banjir iaitu SRG Multisensor @ Sensor Banjir. Guru pembimbing yang banyak memberi tunjuk ajar untuk projek mereka ialah Encik Shahrizal & En Mohd Farid serta beberapa guru lain iaitu Cikgu Zakariah, Cikgu Khirrani & Tn Lukman. Sebanyak 21 daripada 110 buah sekolah telah terpilih ke peringkat akhir untuk mempersembahkan projek inovasi masing-masing. Sekolah kami mendapat sijil penyertaan sahaja untuk pertandingan kali ini. Harapan kami semoga menang dalam pertandingan lain pula... InsyaAllah...