Minggu Teknik & Vokasional SMKAB
Minggu Teknik &
Vokasional telah diadakan pada 18 April hingga 29 April 2016. Program ini
melibatkan Panitia KHB, Ekonomi Asas, Sains Pertanian, Perdagangan, Prinsip Perakaunan
dan MPV. Rasional Minggu Teknik & Vokasional diadakan adalah untuk
melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, berdaya saing disamping dapat mengukuhkan beberapa
penguasaan seperti masakan, pertanian, menservis motosikal dan peluang kerjaya
didalam matapelajaran Teknik & Vokasional.
Melalui Minggu Teknik &
Vokasional, dapat mencungkil bakat dan kerativiti pelajar dalam pelbagai
aktiviti yang dijalankan. Disamping itu, dapat memupuk semangat kerjasama dan
kerja berpasukan dalam kalangan pelajar serta dapat menguji minda pelajar
berdasarkan pemahaman mereka dalam matapelajaran Teknik & Vokasional.
Antara aktiviti yang sempat
dijalankan ialah Pertandingan Semanis Deco, Deco Cupcake, Pertandingan
Nyam-nyam Sandwich & Minuman Menyegarkan, Jualan Pokok Bunga, Teka Harga
Barang, Teka Palam PVC & Pertandingan Reka Cipta BBM Kreatif.
GIMIK PERASMIAN MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL 2016
PERSEMBAAHAN
PELAJAR PVMA BERKAITAN MOTOSIKAL
ANUGERAH AL-JAZARI UNTUK UJIAN BULAN MAC 2016
PERTANDINGAN NYAM-NYAM
SANDWICH
TEMPAT PERTAMA
TEMPAT KEDUA
TEMPAT KETIGA
GAMBAR KENANGAN SEMASA AKTIVITI BERLANGSUNG
\
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN AKTIVI-AKTIVI INI.
0 comments:
Post a Comment